Ibraco Berhad Membawa Keceriaan Akhir Tahun ke Pedalaman Sarawak Melalui Program ‘Charity Without Borders’ - Latest Malaysia
Kuching, Sarawak, 24 Disember 2024 – Ibraco Berhad (“Ibraco”) menutup tahun ini dengan sumbangan bermakna kepada komuniti pedalaman Sarawak dengan menaja program ‘Charity Without Borders’ kali ke-11 yang berlangsung dari 12 hingga 15 Disember 2024.
Inisiatif ini, yang dianjurkan oleh Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu dan Hope Place Kuching, memberi bantuan kepada kampung Penan di Long Tikan, Long Betao, Long Bee, dan Long Jekitan di Ulu Baram, Sarawak.
Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan.
Sebagai penaja utama bantuan makanan, Ibraco telah menyumbangkan 165 kotak bekalan keperluan asas dan 250 hadiah Krismas untuk kanak-kanak, menyediakan bantuan bagi membankitkan keceriaan perayaan kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian ini.
Sumbangan tersebut melengkapkan usaha berterusan untuk memastikan penduduk kampung mempunyai akses kepada bekalan keperluan asas, membantu mereka menyambut musim perayaan dengan lebih meriah dan bermakna.
Datuk Chew Chiaw Han, Pengarah Urusan Ibraco Berhad, berkata, “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif mulia oleh Hope Place ini. Di Ibraco, kami percaya untuk memberi semula kepada masyarakat, terutamanya di mana keperluan adalah paling mendesak. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti ini dan menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk generasi mereka.”
Kevin Wan, Pengasas Hope Place, menyatakan penghargaan atas kerjasama ini dengan berkata, “Matlamat kami untuk Charity Without Borders adalah untuk membawa harapan dan bantuan yang amat diperlukan kepada komuniti yang kurang bernasib baik di mana sahaja kami pergi, tanpa sempadan. Kami percaya untuk memberi itu lebih baik daripada menerima, dan kepercayaan ini yang mendorong kami untuk terus berusaha melakukan lebih banyak melalui Hope Place.”
“Charity Without Borders tahun ini telah mencapai kejayaan besar, tetapi misi kami tidak berhenti di sini. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari cara dan jalan untuk memperbaiki misi Charity Without Borders di masa hadapan, bagi meningkatkan taraf hidup komuniti yang memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama,” tambah Kevin.
Penyertaan aktif Ibraco dalam pengagihan bekalan menekankan komitmen syarikat ini untuk membantu komuniti yang memerlukan. Kejayaan acara ini turut berjaya direalisasikan melalui sokongan sulung daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), yang membantu memperluaskan jangkauan dan memaksimumkan impak positifnya. Sumbangan daripada penaja lain juga telah menyumbang kepada kejayaan misi amal ini.
Ibraco akan terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tanggungjawab sosial korporat. Syarikat ini kekal berdedikasi untuk membawa perubahan bermakna melalui perpaduan dan belas kasihan dan berusaha untuk memperkasa komuniti pedalaman di seluruh Sarawak.
Back to News